1. ALLAHU LAA ILAAHA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUMU.
Allah tidak ada
Tuhan melainkan Dia yang Maha Kekal lagi terus menerus mengurus makhlukNya, Allah
tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Maha Kekal lagi
terus menerus mengurus makhlukNya,
2.
LAA TA'KHUDZUHUU SINATUW WA LAA NAUUM.
tidak mengantuk dan tidak tidur
KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi.
3.
LAHUU MAA FISSAMAAWAATI WA MAA FIL ARDHI.
Siapakah yang dapat memberi syafa'at di
sisi Allah tanpa izinNya?
4.
MAN DZAL LADZII YASFA'U 'INDAHUU ILLAA BI
IDZNIHI.
Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan
mereka dan di belakang meraka,
5.
YA'LAMU MAA BAINA AIDIIHIM WA MAA KHALFAHUM.
dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari
ilmu Allah
6.
WA LAA YUHITHUUNA BI SYAI-IN MIN 'ILMIHII ILLAA
BI MAASYAA-A.
melainkan apa yang dikehendakiNya.
7.
WASI'A KURSIYYUHUSSAMAAWAATI WAL ARDHA.
Kursi Allah meliputi langit dan bumi,
8.
WA LAA YA-UDHUU HIFZHUHUMAA WAHUWAL 'ALIYYUL
AZHIIM.
Dan Allah tidak merasa berat memelihara
keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
(QS : Al-Baqarah : 255)
Beberapa
khasiat Ayat Al-Kursi :
Sesiapa yang membaca ayat Kursi
dengan khusyuk setiap kali :
· selepas sholat fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali
keluar masuk rumah atau hendak musafir,
insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,
kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan
keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah
s.w.t.
· Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah"
sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali
maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,
dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga
semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan
izin Allah.
· Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya
sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,
Insya-Allah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta
memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
· Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang
ke rumahnya serta membaca ayat Kursi,
Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.
· Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12
kali pada pagi jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,
Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan
pembesar."
· Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah
sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
· Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama
anda menduduki rumah itu sebaiknya anda membaca ayat Kursi 100 kali,
insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada
gangguan lahir dan batin.
· Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di
tempat tidurnya,
Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga
subuh.
· Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap
sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam
lindungan Allah hingga sholat yang lain.
· Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sholat, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga
kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara
akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
· Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sholat
Fardhu, Allah menganugerahkan dia
hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga
Allah melimpahkan padanya rahmat.
· Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi
Allah sehingga mati syahid.
· Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah berkenan memberi pertolongan
kepadanya
· Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya,
maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon
keampunan dan mendoakan bagMereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi
o
akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada
gangguan serta hasutan syaitan.
o
Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar
daripada pencerobohan pencuri.
o
Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri
daripada memasuki rumah.
o
Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan
keselamatan ketika dalam perjalanannya.
o
Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah
akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a.
No comments:
Post a Comment